Petikan Dianalisis
Sekarang ni sedang kecoh dan meriah hapdet-hadpet di MukaBuku, Pengicau, belog-belog dan pelbagai lagi saluran media elektronik tentang konflik yang sedang berlaku di Palestin. Di Gaza, jika mahu lebih spesifik.
Jujur kata, berdasarkan pemerhatian saya, ramai yang tidak
benar-benar faham krisis yang sedang berlaku ini. Malah tidak hairan kalau ada
yang pertama kali mendengar perkataan 'Gaza', 'Hamas' dan sebagainya.
"Hamas..? Pekebenda tu..? Jenama susu
tepung ke..?"
Tersedak.
Untuk memahami krisis antara Israel haram dan Palestin, amat
penting untuk anda mengetahui sejarah di sebalik konflik ini. Anda perlu faham yang
konflik ini sudah berusia ribuan tahun ("Hah?? Ye ke Inche gabbana? Gua ingat baru start tahun baru Hijrah hari
tu!" Lap Peluh.), sejak zaman para Anbiya' dahulu
kala. Maka ia adalah suatu konflik yang cukup kompleks, yang tidak mungkin
dapat diselesaikan dalam masa satu hari atau di meja rundingan sambil menikmati
jus oren dan kudapan muruku kacang semata-mata. Eh.
Sayugia amat penting untuk anda membuat sedikit kerja rumah,
membuat
bacaan-bacaan ekstra, sama ada di Wikipedia, laman-laman sesawang yang
relevan, buku-buku ilmiah yang berkaitan dan sebagainya. Tapi... Sebab saya
tahu anda ni malas, gemok dan hanya mengharapkan ilmu
disuapkan terus ke mulut anda (matilaaah lepas ni APG kena boikot!),
ijinkan
saya untuk berkongsi secebis ilmu yang saya ada dengan anda semua.
Tapi saya memberi amaran awal-awal ni. Yang ingin saya
kongsikan memang secoet je daripada apa yang patut anda tahu tentang konflik
Israel-Palestin ni. Jika anda benar-benar mahu faham, jelas, nampak dengan kaca
mata Rayban yang lebih bergaya, seriyesli anda wajib buat bacaan
tambahan sendiri.
Nah, beberapa fakta sejarah yang perlu anda tahu untuk lebih
memahami konflik Israel-Palestin yang sedang berlaku:
Fakta #1
Bangsa Israel bersusur galur daripada Nabi Ishak AS, anak
kepada Nabi Ibrahim AS. Perkataan Israel itu sendiri merujuk kepada Nabi Yaakub
AS, anak kepada Nabi Ishak.
Sebab itu sebenarnya umat Islam adalah saudara jauh kepada
bangsa Yahudi, kerana Nabi Ismail AS, tok moyang kepada Nabi Muhammad SAW
adalah adik beradik tiri kepada Nabi Ishak.
Perkataan 'Palestin' itu pula dicipta oleh orang Yunani yang
membawa maksud 'tanah air orang Philistina' atau Filastin dalam bahasa Arab.
Fakta #2
Banyak kerajaan atau negara yang berebut-rebut untuk
menduduki Palestin atas faktor tanahnya yang subur dan kedudukannya yang
strategik.
Antara kerajaan atau bangsa yang pernah menguasai/menakluki tanah Palestin termasuklah kerajaan Mesir purba, Roman, Greek purba, Byzantin, Kanaan, Parsi, khulafa' ar-Rasyidin, Mamluk, Ayyubi, tentera Salib, kerajaan Uthmaniyah dan pihak British.
Sudah lebih 30 kali tanah Palestin bertukar tangan.
Fakta #3
Palestin merupakan tempat lahirnya agama Judaisme (Yahudi)
dan juga Kristian. Tempat berdirinya Masjidil Aqsa sekarang ini didakwa sebagai
tempat terbinanya Kuil Haiqal Nabi Sulaiman, sebuah kuil tersuci dalam sejarah
Yahudi suatu ketika dahulu, sebelum dihancurkan oleh serangan Nebuchadnezzar II
pada tahun 587 sebelum Masihi.
Walaupon tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan itu, hal ini telah dijadikan alasan oleh kaum Yahudi untuk memiliki Tanah Palestin dan berhujah bahawa mereka lebih berhak terhadap Palestin. Biasalah, Yahudi. Eh.
Palestin juga merupakan tempat suci buat penganut Kristian. Dipercayai Nabi Isa AS menikmati 'Makan Malam Terakhir' (Baca: The Last Supper) dan disalib di Baitulmaqdis.
Fakta #4
Dalam sejarah umat Islam, Baitulmaqdis yang terletak di
Palestin diabadikan dalam kisah Isra' wal Mikraj apabila Nabi Muhammad SAW
diisra'kan (diperjalankan) ke Masjidil Aqsa dari Mekah sebelum baginda naik ke
langit bertemu dengan Allah. Baginda sempat bersolat jemaah, menjadi imam
kepada para anbiya' di sana. Hal ini memberi isyarat kepentingan Masjidil Aqsa
dan betapa signifikannya ia di sisi umat Islam. Tidak hairanlah anda yang bersolat
di sini akan mendapat ganjaran 500 kali ganda berbanding solat di tempat lain.
Kisah ini direkodkan di dalam al-Quran di dalam surah al-Isra', ayat pertama:
"Maha Suci (Allah) yang telah memperjalankan
hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang
telah kami berkai sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian
tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha
Melihat."
Selain itu, sebelum umat Islam solat menghadap Kaabah, mereka terlebih dahulu menjadikan Masjidil Aqsa sebagai kiblat mereka yang pertama. Hal ini juga direkodkan di dalam al-Quran, di dalam surah al-Baqarah ayat 143.
Fakta #5
Tanah Palestin mula-mula dikuasai oleh umat Islam di
zaman pemerintahan Saidina 'Umar al-Khattab r.a.. Di dalam kisah yang amat
popular di kalangan umat Islam, diceritakan bagaimana 'Umar datang ke Palestin
untuk membuka Baitulmaqdis dengan berpakaian serba sederhana, tanpa ditemani
oleh hulubalang, pengawal peribadi mahupon rombongan Cik Kiah ke Sukan
Komanwel. Eh.
Diceritakan juga bagaimana antara perkara pertama yang dilakukan oleh 'Umar setelah memasuki kota suci Baitulmaqdis adalah membersihkan tempat ibadat kaum Yahudi, yang sebelum ini dijadikan tempat pembuangan sampah dan penghinaan oleh orang-orang Nasrani. Ini.. Ini.. Ini sumpah mengagumkan!
Anda lihat. Hanya dengan pemerintahan Islam yang adil sahaja semua bangsa dan agama dapat tinggal dalam harmoni dan aman damai, penuh dengan bunga dafodil tumbuh segar di taman sambil arnab-arnab gemok berlari riang.
Fakta #6
Semenjak itu, Palestin kerap kali bertukar tangan antara
tentera Salib (Crusaders) dengan umat Islam. Beberapa siri perang Salib
telah dilancarkan dan peperangan ini berlangsung sehingga hampir dua abad
lamanya.
Antara peperangan Salib yang paling epik pernah dirakamkan di dalam filem Kingdom of Heaven di mana tokoh Islam yang amat terkenal, Salahuddin al-Ayyubi berjaya membebaskan Baitulmaqdis daripada cengkaman tentera Salib ketika itu.
Peperangan Salib telah juga telah membuka pintu dan memberi peluang kepada tentera Salib mengenali Islam dengan lebih dekat, sehinggakan Raja Louis IX, salah seorang pemimpin peperangan Salib pernah mewasiatkan kepada rakyatnya bahawa mereka selamanya tidak akan menang dengan tentera Islam selagi mereka berpegang teguh dengan al-Quran dan semangat jihad.
Fakta #7
Idea penubuhan negara Israel merdeka dipopularkan oleh
Theodor Herzl, bapa Zionis moden. Melalui makalah yang dihasilkannya, Der
Judenstaat (The Jewish State) danAltneuland
(The Old New Land), dia telah berhujah bahawa pentingnya untuk bangsa
Yahudi mempunyai negara mereka yang tersendiri untuk bebas daripada
penganiayaan bangsa dunia terhadap mereka.
Herzl juga bertanggungjawab menubuhkan Pertubuhan Zionis Sedunia (World Zionist Organisation) dan bersama-sama dengan Nathan Birnbaum, telah mengajurkan kongres mereka yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897, yang antara lainnya telah membuat keputusan bahawa Palestin adalah satu-satunya pilihan mereka untuk menubuhkan negara Israel merdeka.
Dia juga pernah bertemu secara peribadi dengan Sultan Abdul Hamid II, khalifah Turki Uthmaniyyah ketika itu untuk membeli tanah Palestin daripada kekuasaan khilafah Uthmaniyyah. Namun Sultan Abdul Hamid II menolaknya dengan keras dan sehingga kini, jawapan baginda yang lejen akan terus diingati:
"Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah
ini (Palestin), karena ia bukan milikku. Tanah
itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini
dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka.''
Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika suatu saat kekhilafahan Turki Uthmaniyah runtuh, kemungkinan besar mereka akan bisa mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.''
Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika suatu saat kekhilafahan Turki Uthmaniyah runtuh, kemungkinan besar mereka akan bisa mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.''
Allahu Akbar!
Fakta #8
Pertubuhan Zionis Sedunia pernah ditawarkan dengan tanah di
Uganda untuk mendirikan negara Israel yang pertama oleh pihak British. Namun
mereka menolaknya dengan sebulat suara pada kongres yang ketujuh.
Semenjak itu, mereka secara terancang telah menggalakkan dan membiayai penghijrahan orang Yahudi beramai-ramai dari seluruh dunia ke Palestin. Polisi Nazi di bawah pimpinan Hitler yang anti-semitik juga menyebabkan penghijrahan lebih ramai orang-orang Yahudi ke Palestin.
Fakta #9
Impian Zionis untuk memiliki negaranya yang sendiri makin
menjadi kenyataan apabila Lord Balfour, Setiausaha Luar Negara bagi kerajaan
British pada tahun 1917 membuat deklarasi bahawa kerajaan British menyokong
penuh sebarang usaha Zionis untuk membentuk negara Israel merdeka di Tanah
Palestin. Malah kerajaan British akan melakukan apa sahaja yang termampu untuk
memastikan negara Israel menjadi kenyataan. Nota kaki: Hallo hang ingat tanah Palestin tu negara
tok hang ka nak buat suka-suki hati...??
(British mempunyai peranan yang cukup besar dan signifikan ke arah penubuhan negara Israel. Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu yang mati dibunuh oleh komunis pada 1951, merupakan Ketua Setiausaha kepada Kerajaan Mandat Palestin (wakil British) sehingga tertubuhnya Israel pada 1948. Diceritakan bagaimana rakyat Palestin bergembira mendengar berita kematiannya pada 1951)
Ehem.
Akhirnya, setelah perancangan yang licik dan teliti dan pengkhianatan demi pengkhianatan, negara Israel haram akhirnya tertubuh pada tahun 1948, apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bingung (PBB) meluluskan resolusi untuk penubuhan negara Israel haram di tanah Palestin. David Ben-Gurion telah dilantik menjadi Perdana Menteri Israel haram yang pertama.
Fakta #10
Sejak penubuhan negara haram Israel, konflik antara umat
Islam dan Zionis berterusan sehingga kini. Banyak peperangan telah dilancarkan
antara kedua-dua belah pihak dan antara yang paling meninggalkan kesan kepada
sosio-politik wilayah yang bergolak itu adalah peperangan 1948, peperangan 6
hari pada 1967 dan pelancaran intifadah oleh rakyat Palestin (siri pertama pada
1987 dan siri kedua pada 2000).
Hamas telah ditubuhkan oleh Syaikh Ahmed Yassin, Abdul Aziz al-Rantissi dan Mahmoud Zahhar ketika Intifadah pertama memuncak pada tahun 1987, sebagai reaksi kepada kegagalan Fatah memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Pada tahun 2006, buat pertama kalinya Hamas telah memenangi pilihanraya di Gaza dan sehingga kini, Hamas merupakan kerajaan tempatan di Gaza.
Sehingga kini, lebih banyak nyawa rakyat Palestin yang terkorban berbanding dengan jumlah kematian di pihak Israel. Israel, yang didokong oleh Amerika Syarikat dan sebahagian besar negara-negara Eropah telah melancarkan serangan demi serangan ke atas Palestin, tanpa sebarang bantahan dan tindakan susulan oleh dunia yang hanya memerhatikan apa yang berlaku. Perjanjian-perjanjian damai hanya tinggal anekdot di atas kertas semata, berulang-ulang kali dikhianati oleh Israel laknatullah.
Fakta Tambahan (Penting!)
Usaha memboikot MekDogol, Stabak, Koka-Kola dan
produk-produk yang sudah terbukti dengan jelas memberi bantuan dan sokongan
sama ada secara langsung atau tidak kepada negara haram Israel adalah salah
satu usaha penting dalam menunjukkan solidariti kita kepada Palestin.
Tak mati pon en kalau tak makan, minum dan guna semua tu..?
Nah, sekarang anda sudah tahu sedikit-sebanyak tentang konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin. Seperti yang saya katakan di awal-awal tadi, perkongsian yang ringkas ini tidak mungkin akan memahamkan anda secara holistik tentang konflik yang berlaku. Tetapi sekurang-kurangnya kini, bolehlah anda dengan sedikit bangga dan hidung kembang bercerita tentang apa yang berlaku apabila ada rakan atau sepupu belah mak saudara anda bertanya. Eheh.
Di sini saya sertakan link ke bacaan tambahan yang saya rasakan cukup bermanfaat untuk anda mengetahui sejarah konflik Israel-Palestin ini. Sila klik di sini.
Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai saudara seIslam orang Palestin; selain menderma dan menghulurkan bantuan, juga menyebarluaskan kebenaran dan fakta tentang apa yang berlaku, perbanyakkan juga doa, bacaan al-Quran dan solat malam untuk mereka. Konon mahu berjuang untuk Gaza, tapi kalau solat entah ke mana, halal haram tak reti beza, doa macam mana pon tak akan naik ke langit bang oi!
Dan sekiranya kita benar-benar mahu mengembalikan pemerintahan Islam yang adil dan makmur di atas muka bumi ini, tidak boleh tidak ia bermula dengan diri kita sendiri. Sebarkan kebenaran dan bina individu-individu Muslim yang sanggup menjualkan harta dan jiwa mereka, yang akan menjadi asas pondasi kepada negara Islam yang bakal terbentuk nanti. Dengar belon pecah pon dah nak terkencing, inikan pula nak angkat senjata berperang dengan musuh-musuh Islam..? Ceh. Ceh untuk diri sendiri juga.
Maka tegakkan Islam dalam dirimu terlebih dahulu, nescaya Islam akan tertegak dengan benarnya di muka bumi ini!
"Akan sentiasa ada satu golongan dari umatku yang
menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang
menentang mereka sehingga datanglah hari qiamat dan mereka tetap di dalam
keadaan mereka."
[Hadith Riwayat Muslim]
[Hadith Riwayat Muslim]
Allah, moga kami tergolong dalam kalangan mereka yang akan terus memperjuangkan agamaMu ini dan menegakkan kebenaran dengan istiqamah sehingga ke titisan darah kami yang terakhir! Amiin, ya robbal a'lamin!
Senyum mata bersinar-sinar, sambil buat tanda aman
Petikan agak panjang dan mengandungi banyak bahasa asing. Contohnya, spesifik.
ReplyDelete"Sebab saya tahu anda ni malas, gemok dan hanya mengharapkan ilmu disuapkan terus ke mulut anda"
ReplyDeletePerkataan "sebab" tidak boleh diletakkan pada pangkal ayat.
'Oleh' merupakan kata sendi dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat, perkataan "oleh" diikuti oleh kata nama. 'Sebab' ialah kata nama. Oleh itu, frasa yang betul ialah 'oleh sebab' .
Terdapat beberapa kesalahan ejaan dalam petikan ini. Antaranya termasuklah 'gemok' - 'gemuk' ; 'walaupon' - 'walaupun' ; 'ijinkan' - 'izinkan'.
ReplyDeletePetikan ini mengandungi banyak bahasa asing dan wujud banyak kesalahan ejaan.
ReplyDeletePetikan ini mengandungi banyak bahasa asing dan wujud banyak kesalahan ejaan.
ReplyDelete