1.1 ASPEK
MORFOLOGI
Ejaan ialah kaedah atau cara menulis
perkataan dengan huruf. Sistem ejaan bahasa Melayu ialah sistem yang umumnya
berdasarkan kaedah fonetik, iaitu unit-unit bunyi yang berfungsi sahaja
dilambangkan dengan huruf dan pada umumnya tidak ada huruf-huruf yang senyap. Antara
kesilapan ejaan yang didapati dalam petikan tersebut ialah: gemok, ijinkan, walaupon, mahupon, pon. Dapat
dilihat kesilapan ejaan penulis petikan lebih tertumpu kepada bunyi vokal ‘u’
dengan ‘o’. Penulis keliru bunyi vokal ‘u’ dengan ‘o’. Penulis juga keliru
dengan bunyi konsonan ‘z’ dengan ‘j’.
Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi
melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Kata seru
digunakan di hadapan ayat dan diakhiri dengan tanda seru. Penulis petikan juga
menggunakan kata seru tetapi silap penggunaannya:
·
… … menikmati jus oren dan kudapan
muruku kacang semata-mata. Eh.
·
… … doa
macam mana pon tak akan naik ke langit bang
oi!
Kata penegas yang juga disebut partikel atau
kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada
bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Dalam petikan yang dikaji, didapati
penulis petikan juga menggunakan kata penegas tetapi kata penegas yang
digunanya tidak formal. Antara kata penegas tidak formal yang didapati dalam
petikan ialah ke dan je.
·
Jenama susu tepung ke..?
·
Yang ingin
saya kongsikan memang secoet je
daripada apa yang patut anda tahu tentang konflik Israel-Palestin ni.
Kata sendi nama ‘di’ juga digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menunjukkan tempat. Ia tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama yang menerangkan waktu, masa arau zaman namun, penulis petikan telah
membuat kesilapan tersebut:
·
Tanah
Palestin mula-mula dikuasai oleh umat Islam di zaman pemerintahan Saidina 'Umar al-Khattab r.a..
o
Cadangan
pembetulan: Tanah Palestin mula-mula dikuasai oleh umat Islam pada zaman pemerintahan Saidina 'Umar
al-Khattab r.a..
·
Di dalam
kisah yang amat popular di kalangan
umat Islam… …
o
Cadangan
pembetulan: Di dalam kisah yang amat popular dalam kalangan umat Islam… …
·
Seperti
yang saya katakan di awal-awal tadi,
… …
o
Cadangan
pembetulan: Seperti yang saya katakan pada
awal-awal tadi, … …
Kata sendi `dalam’ digunakan di hadapan kata
nama atau frasa nama yang membawa pengertian `tempat yang tidak mempunyai ruang
atau jarak’ (seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang,
masyarakat dan sebagainya). Kesilapan selalu berlaku apabila di tempat yang
sepatutnya digunakan kata sendi `dalam’, frasa sendi `di dalam’ (iaitu
rangkaian kata sendi ‘di’ dan kata nama arah `dalam’) digunakan.
·
Kisah ini
direkodkan di dalam al-Quran di dalam surah al-Isra', ayat pertama:…
…
o
Cadangan pembetulan: Kisah ini direkodkan dalam
al-Quran dalam surah al-Isra', ayat pertama:… …
·
Di dalam kisah yang amat popular di kalangan umat Islam,… …
o
Cadangan pembetulan: Dalam kisah yang amat popular di kalangan umat
Islam,… …
·
“… … mereka
tetap di dalam keadaan mereka."
o
Cadangan pembetulan: “… … mereka tetap dalam keadaan mereka."
Kata ganda berfungsi untuk membentuk
makna kepelbagaian. Maka, kata bilangan tidak boleh ditulis bersama kata ganda.
Kesilapan ini boleh didapati dalam petikan yang dikaji:
·
Polisi
Nazi di bawah pimpinan Hitler yang anti-semitik juga menyebabkan penghijrahan lebih ramai orang-orang Yahudi ke
Palestin.
o
Cadangan pembetulan: Polisi Nazi di bawah
pimpinan Hitler yang anti-semitik juga menyebabkan penghijrahan lebih ramai orang
Yahudi ke Palestin.
1.2 ASPEK
SINTAKSIS
Dalam komunikasi ruang siber, pengguna gemar
menggunakan mode tulisan dengan kaedah menaip pada papan kunci. Dengan itu, mereka
dapat berkomunikasi dengan rakan-rakannya menerusi mode tulisan sahaja.
Penggunaan sebegini mewujudkan sejenis mode kacukan lisan dan tulisan (Teoh,
2012). Keadaan ini boleh didapati dalam petikan yang dikaji juga. Contoh:
·
"Hah?? Ye ke Inche gabbana? Gua ingat baru
start tahun baru Hijrah hari tu!"
o
Analisis:
Pelbagai unsur telah telah dicampuradukkan dalam petikan di atas. Perkataan ‘ye’ merupakan bahasa lisan yang
menggantikan perkataan ‘ya’ dalam penulisan. Perkataan ‘inche’ merupakan variasi perkataan ‘encik’ lisan yang dipindah ke
dalam penulisan. Perkataan ‘ke’
dijadikan kata penegas dalam pertuturan lisan telah dipindah ke dalam petikan
di atas. ‘Gua’ pula merupakan kata
pinjaman dialek Cina Hokkien yang bermaksud saya. Penulis juga mencampurkan
bahasa Inggeris ‘start’ dalam ayat di
atas. Perkataan ‘tu’ merupakan
singkatan ‘itu’ yang biasa digunakan dalam pertuturan harian. Subjek ayat
ketiga juga digugurkan. Kesimpulannya, ayat ini merupakan ayat lisan pertuturan
harian yang tidak mementingkan hukum bahasa utuh bahasa Melayu.
o
Cadangan
pembetulan: “Ha? Yakah Encik gabbana? Saya ingatkan konflik Palastin- Israel baru
bermula tahun baru Hijrah hari itu!”
·
“Hallo hang ingat tanah Palestin tu
negara tok hang ka nak buat suka-suki hati...??”
o
Cadangan
pembetulan: Adakah kamu ingatkan tahah Palestin itu negara kepunyaan datuk kamu
dan kamu boleh membuat sesuka hati?
Fenomena ini
jelas mengugut penggunaan bahasa Melayu kerana ia dicampur aduk dengan
unsur-unsur bahasa rojak dan kini
tidak ramai orang yang boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan yang utuh.
Secara tradisi, ayat bahasa Melayu terbina
daripada dua unsur, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Namun dalam petikan
yang dikaji, terdapat ayat yang telah digugurkan frasa subjeknya:
·
Di Gaza, jika mahu lebih spesifik.
o
Analisis:
Frasa subjek sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataaan
yang sememangnya frasa nama atau yang berfungsi sebagai frasa namadan menjadi
judul atau unsur yang diterangkan. Ayat di atas terdiri daripada frasa sendi
nama semata-mata. Ayat yang tidak mengandungi frasa nama atau unsur yang
berfungsi sebagai frasa nama tidak dapat diterima sebagai ayat.
Hasil analisis adalah padat dan jelas. Contoh yang diberikan adalah tepat dan cadangan pembetulan adalah bersesuaikan.
ReplyDeleteAnalisis kesalahan tatabahasa yang jelas dan tepat. Cadangan pembetulan yang diberi amat membantu.
ReplyDeleteKata sendi `dalam’ kerap disalah gunakan bukan sahaja dalam kalangan murid tetapi juga dalam kalangan guru.
ReplyDeletePenjelasan yang sangat jelas.
Kata sendi `dalam’ kerap disalah gunakan bukan sahaja dalam kalangan murid tetapi juga dalam kalangan guru.
ReplyDeletePenjelasan yang sangat jelas.
Analisis kesalahan yang ditulis amat bernas dan berguna.
ReplyDeleteisi keterangan adalah tepat, jelas dan padat. cadangan pembetulan yang dinyatakan juga sesuai..
ReplyDeleteAnalisi yang jelas dan lengkap. Bagus.
ReplyDeleteAnalisis yang dihasilkan tepat dan amat membantu pembaca untuk meningkatkan tahap penguasaan tatabahasa dan mengelakkan pembaca daripada membuat kesalahan yang serupa.
ReplyDeleteAnalisa yang diberikan amat baik dan menjelaskan secara terperinci kesalahan yang terdapat dalam petikan. Syabas!
ReplyDeleteanalisis dan penjelasan yang amat jelas dan lengkap! bagus!
ReplyDeleteAnalisis yang sangat bagus dan berkualiti tetapi harap dapat menggariskan keluar apa kesalahan yang telah dianalisis supaya pembaca dapat nampak dengan jelas apa kesalahan yang terdapat dalam petikan~Taniah XP
ReplyDeleteIsi kandungan dalam petikan menarik perhatian dan amat berguna. Analisis yang dilakukan jelas!
ReplyDelete